1) kadang kadang manusia yang baik sesama manusia tidak memperbaiki hubungan mereka dengan Allah s.w.t.
2) kadang kadang manusia yang kita lihat sentiasa sujud pada Allah S.W.T yang esa itu sama sekali tidak menjaga hubungan mereka sesama manusia . Apabila terbitnya rasa hasad dengki, timbulnya kejahatan untuk dilakukan pada sesama manusia, adakah individu seperti ini ikhlas sujud kepada Allah s.w.t?. Atau lebih senang disimpulkan sebagai sujudnya kepada Allah s.w.t hanya untuk riak sahaja.
3) kadang kadang manusia yang tidak disukai oleh orang lain kerana perangai yang menjengkelkannya itu, disukai haiwan haiwan peliharaan seperti kucing, hamster, ayam, dll. mungkin manusia seperti ini lebih cenderung menyayangi haiwan haiwan itu, tetapi kenapa? adakah kemungkinan besar disebabkan masa lampau yang telah membuat mereka bencikan orang atau manusia disekeliling mereka? jadi mereka lebih suka bersahabat dengan haiwan peliharaan kerana haiwan tidak pandai menyakiti hati mereka.
4) kadang kadang manusia yang 'perfect' dari luaran tidak semestinya 'perfect' dari dalaman. renung-renungkanlah.
5) kadang kadang nisbah 20:1 orang yang kita nampak atau jumpa tidak semestinya manusia. mungkin satu darinya bukan manusia, tetapi makhluk lain. huuuuu agak agak ape eh? (p\s: cik sha yang bagitahu aku, tp tataw lah sejauh mane btolnya fakta nih.)
No comments:
Post a Comment
penembak berani mati