tatkala aku menaip entry ini, hanya arwah ayah yang aku ingat... ayah dah tak de.. pemergian ayah ke alam baru pada 11 dec 2011 (ahad) lebih kurang dalam pukul 12.15 tengahari, membuatkan jantung aku tersentap kuat. hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan aku, emak, abang, dan kakak ipar ketika melihat ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir... Ya Allah.. aku tak percaya masa tu nyawa ayah dah diambil Allah.. aku menangis , emak dan yang lain pun menangis.. tapi aku tetap tahan tangis aku sebab aku tak nak aku meraung raung.. ikut kan hati nak je aku meraung raung dekat mayat ayah.. nak je aku meraung "Ayah!!!! jangan pergi lagi!!!.." bukan aku nak menolak kekuasaan Allah , mungkin aku terlampau terkejut apa yang jadi ketika itu. bayangkan lah pagi sebelum arwah ayah 'pergi', arwah sihat walafiat...tak de pun merungut sakit ke, penat ke, tak larat ke.. tak de.. tu yang sampai hari ni aku rasa pelik.. rasa Allah tu sangat2 agung..
hari ni dah cukup seminggu arwah ayah meninggal dunia seminggu jugak aku rasa rumah aku kosong, suram, sepi je.. kadang2 tu aku macam tak boleh terima apa yang dah jadi, tapi aku kena redha.. apa apa pun aku kena redha.. Ayah dah tak de lagi.. Bila ayah dah tak de baru lah banyak benda yang baru aku tahu. salah satunya, persamaan hobi aku dan ayah. Ayah sememangnya seorang yang sangat suka membaca dan menulis. sampai dia dah nak 'pergi' pun dia masih menulis diari yang terakhir.. bertarikh 9 disember 2011, iaitu dua hari sebelum ayah diambil nyawanya. seperti aku, aku suka meluahkan perasaan dengan menaip.. aku suka mengarang apa sahaja yang aku pikirkan.. aku juga minat membaca buku buku berilmu sejak aku makin meningkat dewasa ni.. aku suka pergi kedai buku, belek2 buku dekat situ.. aku pun tak tahu kenapa aku minat semua tu.. rupa-rupanya baru sekarang aku perasan, yang hobi tu dari ayah aku.. darah daging ku sendiri.. tadi aku belek2 almari buku ayah.. macam2 buku berilmu yang best2 aku jumpa. aku rasa sayu sangat... Ya Allah.. Allah je tahu apa aku rasa. aku rasa nak cakap dengan ayah, "Ayah ayah! Hobi Adah sama macam ayah la..!" , itu pun kalau ayah ada lagi sekarang..
Hidup aku rasa sunyi ... tapi aku isikan dengan baca yassin dan alquran.. itu je yang dapat tolong ayah kat sana.. aku nak ayah tenang kat sana.. aku sanggup buat apa je janji roh ayah tenang dan bahagia.. Aku tak sangka bila aku hilang ayah, aku jadi macam ni.. jadi tak tentu arah.. mungkin ada yang tak perasan, sebab aku sorok semua tu.. tapi bila aku duduk sorang - sorang memang tak leh bendung dah air mata..Nasib baik aku ada orang yang selalu support aku.. family ngan kawan2.. dorang mmg the best supporters ever.. sobz..
No comments:
Post a Comment
penembak berani mati