kalau korang baca kan, terpikir tak, agak agak mak ayah dia tak ajar ke ek? kadang2 tu ada jugak mak ayah yang tak kisah anak dia amik barang org, siap yang mengajar lagi anak anak dia mencuri. even kita jalan jalan then terjumpa pulak wallet orang ke, tolang lah jangan amik. kalau bole sedaya upaya pulangkan balik, apa perasaan kita kalau wallet tercicir then kat dalam wallet ada brg2 yg penting selain duit? then kita pon berdoa hopefully siapa yang terjumpa pulangkan balik (so dalam wallet letak la nombor fon yang latest n also address kita). alih alih orang yang jumpa tu amik diut n buang wallet and isi isi kandungan yang lain kat tepi longkang? sedih nya! so, for those yang selalu wat keje mcm ni, insap la dok? tak baik taw!
tapi part yang paling aku ta tahan, time kecik kecik(primary school) dulu ada budak nih amik brg aku, lepas tu bole pulak tunjuk tunjuk pe yang dia amik tu dpn aku. mula2 aku ase mybe dia beli bende yang sama macam aku. lagi pon aku tak suka nak ada perasaan syak wasangka kat orang, then dia pon kawan yang agak baik la time dalam kelas tu. tapi aku tgk btol2 bende tu mmg aku punye! na taw dia amik ape? pensil tekan shacker aku kaler oren. aku tengok betol2 kesan kesan kat shacker tuh, mmg aku cam sgt tu aku punya! tapi dia wat dek jek.. memang rasa nak tampo je! da a mak aku blikan, sayang tahu tak shacker tu? bodonya member! kalau dia tu kawan yang ta rapat tape beb! ni masalahnya rapat kot ngn aku. sedih betol dapat kawan mcm ni. mak bapak dia ta ajar ke? ke nak aku ajar? setiap kali dia kua kan shacker tu, mata aku berapi beb.. seb baik ta jadi bola bola api. kang lagu acik nana aku nyanyi kunk! tapi tu lah, aku ni baik sangat, even ati sakit gila time tu, aku wat rilek je macam tade pape yang happened, kesian kan aku? orang yang amik barang aku tu bukan main lagi suka memperbodo2 kan aku dalam hati dia. aku cita kat mak yang shacker aku tu ilang, pastu mak aku cam ok je, pastu tiba2 mak aku ungkit lak aku ilang kan tupperware dia time aku pegi kem darjah 4! kira time tu aku darjah 6, mak aku boleh ungkit 2 years punya cerita woi!!!
tupperware tu seingat aku bulat n kaler hijau, mak aku igt kot tupperware tu yang BULAT n KALER HIJAU!!! huh sekse batin bila mak aku ungkit sal tupperware tuh, tape la nnt aku ganti kalau ada banyak duit oke mak ku sayang? tupperware hijau tu tak silap aku ilang mybe sebab kelalaian aku or ada budak yang ingat tu dia punya kot. haha *tiada kene mengene dgn tajuk.
tapi bila aku pikir balik tu cita 8 taun lepas. budak budak, mybe member aku tu tak pandai berpikir lagi kot time tu. maklumlah tak matang lagi. tak peod lagi kot. haha. skrg aku maafkanlah dia. tapi tapi apa kes kalau da besar besar pon nak mencuri lagi? atau ambil brg org tanpa izin? tak malu ke? hope kepada kawan aku tu, dah besar2 ni jangan wat pangai time kicik kicik dulu taw? ok? ilyou!
dekat sini aku nak share sikit la yang aku baca pasal hukum mencuri ni.. :-
Mencuri itu adalah salah satu daripada dosa-dosa besar dan mewajibkan potong tangan ke atas si pencuri itu.
Sebagaimana dengan firman Allah yang bermaksud:
Sebagaimana dengan firman Allah yang bermaksud:
”Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana”
(Surah Al- Maidah ayat 38)
HUKUMAN HUDUD YANG WAJIB DIKENAKAN KEATAS PENCURI
1) Mengikut peruntukkan hukum syarak yang dikuatkuasakan dalam Qanun jenayah syar’iyyah, orang yang boleh didakwa dibawah kesalahan kes sariqah (mencuri) dan wajib dikenakan hukuman hudud ialah:-
i) Orang yang berakal
ii) Orang yang baligh
iii) Dengan kemahuan sendiri
2) Pencuri yang gila atau kanak-kanak atau orang yang kurang akalnya (tidak siuman) tidak wajib dikenakan hukuman hudud, sekalipun mereka itu mengambil harta atau barangan orang itu secara bersembunyi dengan tujuan untuk memiliki harta atau barangan itu. Sebagaiman Hadirh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-
”Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia iaitu orang yang tidur hingga ia bangun dari tidurnya, kanak-kanak hingga ia baligh dan orang gila hingga ia berakal (siuman)”
(Riwayat Ahmad, Ashabi, Sunan dan Hakam)
3) Orang yang dipaksa mencuri dengan cara kekerasan, misalnya orang yang diancam dan diugut akan dibunuh jika tidak mahu mencuri. Sebagaimana hujjah Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
”Sesungguhnya Allah menghapuskan dosa umatku yang tersalah, terlupa dan dosa mereka yang dipaksa melakukan sesuatu kesalahan”.
(Riwayat Ibnu Majah dan Baihaq’i dan Lain daripada keduanya)
4) Orang yang terpaksa mencuri disebabkan tersangat lapar (kebuluran) atau terlalu dahaga yang boleh membawa kepada maut tidak boleh juga dikenakan hukuman hudud, kerana mereka yang dalam keadaan tersebut adalah termasuk dalam darurat yang diharuskan oleh syarak melakukan perkara yang dilarang. Kes ini adalah merujuk kepada Kaedah Fiqhiyyah yang bermaksud :
” Darurat (dalam keadaan yang memaksa) diharuskan melakukan perkara yang dilarang”.
(Al- Ashbah dan An – Nazha’ir)
Dalam perkara (3) dan (4) mereka itu terlepas dari hukuman hudud, tetapi hakim boleh mengenakan hukuman takzir keatas pencuri itu mengikut kea’rifan dan kebijaksanaannya.
panjang bebenor ek entri yang aku post ari nih? hehe
pesanan terakhir,
jangan sesekali kita ambil barang org lain tanpa izin,
tambah2 lagi dgn kawan2,
org lain pon jangan taw.
No comments:
Post a Comment
penembak berani mati