kenapa dan mengapalah sifat malas ni susah nak berkubur dari hidup aku? syooohhhh syooooohhh! syaitan malas! aku benci kau! jangan nak berhimpit himpit dekat mata, tangan, juga hati aku. berkubur lah korang korang wahai syaitan durjana!
entry kali ini berkenaan dengan sifat malas aku. terutamanya dalam perkara yang melibatkan pembelajaran. contohnya:-
1. since sekolah menengah until aku masuk ipta nih aku ta suka ada homework/assignment/projek. sebab apa? sebab aku malas nak buat dan malas nak pikir. masa aku sekolah jarang sekali aku buat homework. yang aku ingat aku complete buat homework subjek math dari form 2 sampai aku form 3. pastu form 4 aku buat add math pulak. sebab apa taw aku 'rajin' sangat siap an homework2 tu? 1stly, sebab cikgu dia ngajor best. 2nd, cikgu mardiana tu tegas dan garang. time form 4 je la aku penah lulus add math dapat 40 lebih. tu pon sebab dia akan rotan sapa yang tak lulus. 3rd, math or add math subject yang fun. best la sebab kalau fokus time tu aku dapat rasakan otak aku berjalan. aku bukanlah seorang yang pandai math or add math semulajadi. aku perlu diasuh dengan betul untuk mendapatkan markah yang bagus. masuk je form 5, cikgu add math tukar cikgu lain, cikgu cina yang baik lagi ayu.. lemah lembut. memang aku gunakan sifat dia untuk tidak melakukan homework2 dan tidur dlm kelas dia. markah add math aku penah tak sampai 10 markah pon. 2/100, 4/100, yang terbaik pun aku rasa belas2 je kot. tapi alhamdulillah kerja keras aku 2, 3 minggu sebelum exam paper add math(spm) aku berjaya dapat kan kredit. kredit bape? secret lah kan...
2. since skolah menengah jugak lah aku kerap terrrrrrtidur dalam kelas ketika cikgu mengajar. ngantukkan so aku tidur je lah. kalau tidur sensorang tak pe la jugak. nih idak eh.. aku tidur berjemaah dgn anys* (kawan baik tempatku bermanja).
3. aku malas nak buat report practical. giler vavvi punya malas!
4. buku log aku pon aku malas nak buat. apa kan daya, memang aku pemalas.
5. aku tak suka buat kerja serta merta. aku suka tangguh tangguhkan. last minute lah senang cite. bagi aku dulu kunun2 kalau buat assignment last minute ni idea melambak lambak dan cepat aje siap. kalau buat awal2 kompem2 aku buat sikit2. tunggu due date nak submit baru aku tertonggeng tonggeng nak siapkan, so baik aku buat last minute.
6. ya, for sure aku malas pergi kelas, sebab apa? asal aku tengok muka lecturer, aku tidur, lena pulak tu! tambah tambah gi lecturer yang ajar aku subjek internet last sem. bila malam nak tidur gila vavi susah aku nak tidur(sebab tilam nipis, badan sakit plus tak selesa). sampai pernah aku terpikir aku nak lecturer tu mengajar time malam2 aku nak tidur, kompem aku tertidur lena gilo!
almost semua kat atas ni berpunca dari sifat tidur, then tu yang jadi sifat malas aku tahap syaitonnirrajimmm.
aku nak membasmi kuman kuman malas dalam diri aku ni dengam segera. tapi macam mana? perlukah aku...
1. menjadi seorang yang rajin dengan cara memaksa diri sendiri untuk rajin.?
2. selalu memotivasikan diri untuk berjaya dalam hidup?
3. ke aku kena selalu pikir syaitan tu yang buat aku malas, so nak buat apa apa kerja yang malas tu baca bismillah dan ayat kursi? supaya dorang dorang ni larik lintang pukang?
4. perlukan dorangan dari orang lain seperti ibubapa, rakan rakan sejagat, atau boipren aku?
5. think positive supaya semangat rajin tu datang tanpa ku undang..?
hurm.. apa lagi ek? seriously, aku nak sangat jadi seorang yang rajin macam time aku kecik kecik dulu.. masa aku lom sekolah tadika lagi..sampai aku abes upsr. masa sebelum tadika aku rajin amek kain cadar mak aku pastu aku gunting2 buat batu seremban atau jait2 buat baju anak patung aku atau baju untuk kucing aku si itam tu.. dah sekolah, aku rajin buat homework yang cikgu bagi. sebab aku takut nanti kalau tak siap mahu nya esok balik sekolah mak aku peluk aku nangis2 sebab tgk aku tak da kepala, "cikgu pancung kepala adah sebab tak buat kerja sekolah semalam la mak.. jangan a nangis..". hurm kalau lah lecturer2 aku ni jenis garang tahap nauzubillah macam cikgu cikgu sekolah rendah aku dulu, mesti pointer aku 4 flat! aku nih kena garang garang sikit, baru lah kerja semua jalan...
hati memberontak: adah o adah tulun la jadi pompuan yang rajin!!!!
oke cerita aku kali ni agak sadis. bye~~~ hee
No comments:
Post a Comment
penembak berani mati