Followers

Saturday, December 17, 2011

innalillahiwainnailaihiroji'un~

tatkala aku menaip entry ini, hanya arwah ayah yang aku ingat... ayah dah tak de.. pemergian ayah ke alam baru pada 11 dec 2011 (ahad) lebih kurang dalam pukul 12.15 tengahari, membuatkan jantung aku tersentap kuat. hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan aku, emak, abang, dan kakak ipar ketika melihat ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir... Ya Allah.. aku tak percaya masa tu nyawa ayah dah diambil Allah.. aku menangis , emak dan yang lain pun menangis.. tapi aku tetap tahan tangis aku sebab aku tak nak aku meraung raung.. ikut kan hati nak je aku meraung raung dekat mayat ayah.. nak je aku meraung "Ayah!!!! jangan pergi lagi!!!.." bukan aku nak menolak kekuasaan Allah , mungkin aku terlampau terkejut apa yang jadi ketika itu. bayangkan lah pagi sebelum arwah ayah 'pergi', arwah sihat walafiat...tak de pun merungut sakit ke, penat ke, tak larat ke.. tak de.. tu yang sampai hari ni aku rasa pelik.. rasa Allah tu sangat2 agung.. 

hari ni dah cukup seminggu arwah ayah meninggal dunia seminggu jugak aku rasa rumah aku kosong, suram, sepi je.. kadang2 tu aku macam tak boleh terima apa yang dah jadi, tapi aku kena redha.. apa apa pun aku kena redha.. Ayah dah tak de lagi.. Bila ayah dah tak de baru lah banyak benda yang baru aku tahu. salah satunya, persamaan hobi aku dan ayah. Ayah sememangnya seorang yang sangat suka membaca dan menulis. sampai dia dah nak 'pergi' pun dia masih menulis diari yang terakhir.. bertarikh 9 disember 2011, iaitu dua hari sebelum ayah diambil nyawanya. seperti aku, aku suka meluahkan perasaan dengan menaip.. aku suka mengarang apa sahaja yang aku pikirkan.. aku juga minat membaca buku buku berilmu sejak aku makin meningkat dewasa ni.. aku suka pergi kedai buku, belek2 buku dekat situ.. aku pun tak tahu kenapa aku minat semua tu.. rupa-rupanya baru sekarang aku perasan, yang hobi tu dari ayah aku.. darah daging ku sendiri.. tadi aku belek2 almari buku ayah.. macam2 buku berilmu yang best2 aku jumpa. aku rasa sayu sangat... Ya Allah.. Allah je tahu apa aku rasa. aku rasa nak cakap dengan ayah, "Ayah ayah! Hobi Adah sama macam ayah la..!" , itu pun kalau ayah ada lagi sekarang.. 

Hidup aku rasa sunyi ... tapi aku isikan dengan baca yassin dan alquran.. itu je yang dapat tolong ayah kat sana.. aku nak ayah tenang kat sana.. aku sanggup buat apa je janji roh ayah tenang dan bahagia.. Aku tak sangka bila aku hilang ayah, aku jadi macam ni.. jadi tak tentu arah.. mungkin ada yang tak perasan, sebab aku sorok semua tu.. tapi bila aku duduk sorang - sorang memang tak leh bendung dah air mata..Nasib baik aku ada orang  yang selalu support aku.. family ngan kawan2.. dorang mmg the best supporters ever.. sobz.. 

Thursday, September 22, 2011

manusia

Assalamualaikum

Kenapa oh kenapa? why bebeh, why?????? hahak. mesti korang pelikkan awat aku macam tu? bukan apa, korang nak tahu tak, selama kita hidup kat dunia ni macam macam ragam manusiakan? on positive n negative side, both ni mesti ada kan? for sure lah babe, nobody is perfect. on the other hand, nobody live in this world get perfect appearance, well in education, good manners, and something else.. so maksudnya, semua ada kekurangan. but ade je manusia yang sangat perfectionist, that's mean, they want all things perfect. tak kisah la dari aspek ape pon. even they are very perfectionist in what matter they are doing, it doesn't means that they are perfect or better than other people oke! oke lah, daa aku nak tido! ngantuk sgt nihh.

p/s: this entry is general and i'm not point anyone else. thnx!

Tuesday, September 20, 2011

cheers

hey evening all!

starting with bismillah...

hehe ehem2. did u guys see how different I am? ? hehe nampak happy kan? ya maybe da motivated diri sendiri kan, so thats why la saadah ni nampak cool je kan? haha. see? asek giggling jea. sekarang ni da pukul 2.16 am. still awake kan aku? its normal la as student kan mmg tdo lambat tak hengat... oke, i want ask something, i dont know whether its relevant to me to ask or not.. what i have suppose to do if the final exam is already around the corner ha? dengan test MUET yg 'neighbouring' date dgn exam! gosh! gila den.. nak catch up sume? my brain is not like a hard disk that can keep n store data, its besides of it! mule2, ilmu masuk, then after 1-3 hour keluar balikkk. hadoii. last week arep kite got his final result, his pointer was 3.90! terkejut beruk mak yeh den! seriously shit pandai gak dia nih... padahal tengok dia relax je. tak tahu la dia banyak makan pe. tercabar iman aku taw. hehe eh korang, my eyes got closer n closer ni.. its sign that i'm suppose to go bed right now! hehe oke lah da da~ gud nite!

Saturday, September 17, 2011

hadapi dengan senyuman!

assalamualaikum...

bertemu lagi kita dirancangan "mannnnissnya durian ini"!!! haha oke main main ja. dah lama jugak tak gurau senda kat blog. rindu la pulak kan? walaupun story aku ni tak lah segehempak story mory orang lain kan.. ehee. ni ha nak cerita sket lately ni aku busy dengan hidup aku. ya, hidup macam macam yang aku, dan korang kena tempuh. aku jujur, banyak sangat dugaan dan cabaran yang aku hadap. dan aku jujur yang aku TAK tabah nak hadapi semua ni. aku TAK kuat. TAK gagah nak hadapi. dan jugak TAK pandai nak solving problem sendiri. Selalu ikutkan hati. Orang kata, ikut hati , mati. hurm no komen lah. Maybe ada betulnya kan? 

lately ni selalu lah jugak aku rasa sedih, macam nak putus asa je. rasa macam nak tolak tepi semua dan lari jauh jauh dan lupakan semua yang ber dan terBEBAN. kadang kadang tu aku tertanya jugak, kenapa aku diuji sebegini kuat dugaan? (ceh , ayat skema jap) bila fikiran aku serabut, dalam hati ni memaki hamun tak sudah. tapi bila fikiran aku waras, aku akan fikir yang dugaan semua ni datang sebab ALLAH nak uji yang aku ni kuat dan cukup atau tidak IMAN aku untuk hadap semua ni. mungkin ALLAH nak uji tahap kesabaran aku. harap maklum, aku bukan orang penyabar. dan mungkin sebab tu ALLAH nak ajar aku jadi seorang yang penyabar. walau dalam keadaan macam ni, alhamdulillah rezeki untuk makan pakai cukup. ALLAH akan duga kita dari banyak segi dan cabang. mungkin kali ni di uji dengan ujian itu ini, tapi bab lain ALLAH permudahkan. 

Sekarang ni aku agak cepat melenting, aku pon tak tahu la kenapa. Dulu even ada orang buat aku ni macam kuli batak dia pon aku masih sabar. padahal dalam hati rasa nak hempuk2 je kan? hehe. tapi sabar jugak. but now its diff. ada benda yang buat aku kusut, mula lah aku melenting. masalahnya, mudah sangat aku nak melenting doh! mungkin faktor orang sekeliling kot. mula - mula memang lah boleh sabar kan, tapi kalau dah asek macam tu kesabaran pon hilang. lagi satu, maybe sebab otak berkecamuk, hati berbeban2 then bila semua tu campur aduk, gunung berapi pon meletus. sekarang ni macam susah aku nak cari tempat tuk luahkan perasaan, aku ada sorang member ni, memang aku selesa nak cerita apa pon dekat dia. tapi kitorang jarang lepak dan jumpa. then bila sekali dapat jumpa dia, happy gila aku! dia jugak dapat kuatkan semangat aku. dia penah cakap hari tu, dugaan orang lain lagi besar dari dugaan aku. n time tu baru aku sedar, memang betul, bukan aku seorang je yang diuji. ..






Thursday, August 18, 2011

mood raya

hai cik peah, cik temah, cik non, cik nin.. baju raya dah siap? dah tempah ke? ke beli yang da siap kat Jalan TAR tu je? huntunglah cik peah, cik temah, cik non, cik nin ada jugak preparation nak ghaye ni ken? cik kiah ni pulak, satu habuk saki daki baki pon tak prepare apa apa lagi... sedihkan??? wuuuu. 


ok, semalam call mak.. mak tanya dah beli baju raya ke belum? dalam hati cik kiah ni punya lah sedih bin sadis! waaaaaaaaa. mak nih jangan a kejam sangat tanya mcm tu... cik kiah pon jawab la, "tak beli lagi, tunggu mak bank in lahhh.". Lepas je aku cakap macam tu, mula la dengar dekat cuping telinga ni perkataan.. 'jimat','jangan boros', 'beli yang patut je'.. hatoiiii. dalam hati cik kiah ni.. makkkk jangan macam ni, raya kotttt.. kena a raya sakan! last2, mak cakap balik lah dulu nanti soppink la... hehe cik kiah hati pon bersuka cita la apa lagi kan?


raya ni beli baju kurung sepasang je kot. sebab aku bukan la pencinta baju kurung sangat. bila ada function2 tertentu je pakai kot. weh, agak agak kuih raya tahun ni sedap2 tak? gulp gulp... *tertelan air liur, maklumlah orang puasakan.. time raya juadah yang fevret n matching ngan tekak aku nih kerepek2 je la kot.. cm biskut2 tuh tgk gak la. tak sume aku telan. CEREWET kan? hoho ok la, cerita raya maybe next time cik kiah hupdate lagi k? daa~ 

Tuesday, August 9, 2011

ramadhan ini

hye assalamualaikumm! *ala2 pak arab cakap lah

ramadhan kali ini membawa perubahan sedikit sebanyak pada badan aku! yuhuuuu. cm da slim sket la, seksaited makcik nih dok tanye kat orang "kurus tak aku ?", "slim kan? hehe", pastu dok mengelamun sorang2 kunun bdn akan jadi cm ahli anggota snsd tuh! wah! mimpi la kot nak cutting cm dorang kan..

actly tanak membebel byk sgt, sebab puasa kan, so penat la aku nak celoteh kat sini. meh2 aku nak cerite aku hari tu berbuka di............................. dan bersama..............................(*scroll down lah)





 full house jalan yap kwan seng

berbuka bersama cik b.

ni aku lah.

adeh sory pic ni senget, saje bg kepale korang teleng2 *pdhal mls nak rotate
menu kitorang mango milk shake & chicken chop (cik b), strawberry+vanilla+dragon fruit ice blended (sedap killers) & alfredo spagetti (aku punya)

nak cite sket sal ice blended yang aku rasa ni , sangat sedap. sebab dye ade cm bola2 kecik, then bile dalam mulut geget je, dye akan kua cecair yang masam2 manis , plus juicy giler. aku sangat suke benda alah ni oke! yang menu len bese2 jea. 

*aku akan buat lagi satu entry berbuka jugak. actly nak masukkan dalam entry ni je skali tp pic tu ta trnsfer kat lappy lg, jgn tny kenapa. sebab aku malas nak cucuk usb cable bagai. *soh orang jgn tanya, tapi sendiri yang jawab. sengal btoi.

Tuesday, July 26, 2011

Life

Hye assalamualaikum readers,


Dah lama dah aku tak update post kat blog ni. mungkin sebab takde idea nak dicurahkan. so dok diam diam je la kan. life aku sekarang macam biasa la, as a student yg sememangnya makin akan sibuk dan stress memanjang. Maklum la, da masuk part 5 ni memang kena lebih fokus. Fokus dengan macam - macam beban yang akan membebankan.


As usual, apo lagi babe kalau bukan assignment, presentation, kuiz, and yang paling extreme sekali final project! yeah! Sem ni dah start cari idea, tajuk n buat proposal untuk project network. Seriously, bagi aku yang student takat - takat diploma nih, memang sangat mencabar lah kan. Macam - macam benda yang kena buat dan siapkan. Bukan aku sorang je stress, rasanya kalau dah student part 5, semua lah stress! betul tak? Betul tak? hee


Bila aku teringat masa sekolah dulu, seronok je, kalau tak buat kerja sekolah takde effect aku punya result exam. Kalau dah IPTA, 2% mark pon aku tak sanggup kena potong. Sebab semua tu akan effect result aku nanti. Pastu time sekolah nak ponteng kelas pon senang, takde nya akan effect pape time nak sit the examination tuh. Lain la kalau time tgh ponteng tu cikgu disiplin dapat cekup masa tengah panjat pagar. huhu. Tu memang nasib tak selamat lah kan! Memang ko kena time2 tu jugak. hahahak


Walaupun sem ni lebih tough dari sem sebelum ni, aku try ubah dan perbaiki apa yang kurang dalam diri aku. Salah satunya, aku ni originally lazy bones tahap cipan so aku nak jadi rajin, tak mau dah malas2 and also i want to get rid from lost concentration in class. Sem sebelum ni, asal aku masuk kelas je, dah ibarat cam aku masuk bilik tidur and terus terlentok. Serious weh, asal lec baru nak mengajar, aku dah go dah! nak taw go pi mana? go di buai mimpi syahdu lah, apo lagi kan. Pastu tidur taknak bukan men lena lagi lah kannnnnn. haih, dasat bin tak senonoh btoi. ( -_- )


Aku bukan lah nak jadi seorang student yang terlampau hebakkkkk, but at least jadi seorang student yang normal. Concentrate masa lecturer mengajar, siapkan assignment and submit pada tarikh yang betul...bukan lambat submit sampai 2, 3 minggu! huh, serious, aku penah lambat submit assignment sampai 3 minggu ok. tapi tu dulu, insyaallah sekarang tak kan terjadi lagi. Aku pon nak ada effort dalam setiap yang aku buat dan pelajari, bukannya masuk kelas secara membabi bute dan rabun! Walaupun aku ni bukan di kategorikan student yang hebakkkkk dan cemerlang, aku kena la korbankan dan tunjuk effort masa aku study nih. Biar la orang nak cakap, "ah ko, belajar bagai tapi klo dah bengap tu bengap la jugak!". Biarlahkan, if orang nak pertikaikan setiap effort yang aku lakukan. 


Sampai sini untuk petang ni, nak tidur lah .. ngantuk.byeeee

Tuesday, June 14, 2011

sekian lama

assalamualaikum warga manusia sekian alam semesta!


owh sekian lama tak update ! kenapa tak update ? semua sebab acc google ada masalah dengan emel yahoo yang sememamgnya bermasalah lagi dari dulu. tu lah, aku gatai gatai guna emel tuh. memang TAK LAHH KANN. kenapa ayat tadi aku capslock? saja ngade, hehe. so, semestinya ada yang berminat nak tanya khabar aku kan ? apa cer sume kan? aku buat apa sekarang ? still membongkang sambil tanam anggur lagi ke kan ? naik tembom ke tak en ? ooh tu soklan sangat sangat durjana ! jangan tanya ! ehee sekarang nih aku sihat walafiat jea, tak ada masalah nak terjun bangunan ke, memang TAKKK LAH KANN. *capslock lagi ! sekarang ni aku buat part time dekat hotel double tree, jadi tunggul kayu kat lobby lounge uh. huuhu kerja aku sama je macam waitress, ambil order.. serve beverage.. clear table.. settle bill guest.. macam2 tu lah kan. but lebih banyak berdiri macam tunggul kayu je, sebab nya tak ramai guest pon lepak kat area tuh. actly, agak boring taw, ye lah asal aku berdiri je, mesti melayan feeling sensorang, tak pon gossip gossip ngan anys *member aku

hari ni balik balik kerja, mata kuyu sangat, badan pon agak layu.. nak kata tak cukup tidur, tak jugak.. rasanya dah cukup 8 jam setengah. tah lah aku pon pelik. harap harap lah esok tak layu cenggini. susah nak buat kerja kalau badan layu layu nih. kena la semangat kan, baru syokkkk. hee ok la, sampai sini je kot. dah tak reti nak merapu meraban pepanjang cam dulu. al mak longggg lah da lama tak pot pet pot pet kat sini! 

okbye

Friday, May 20, 2011

lalalalallalalallalalalal

assalamualaikum, hai blog kesayangan aku! huh, mengeluh je buat masa ni. macam macam benda yang aku pikir bila cuti duduk rumah ni. mula la ingat itu, ini. sampai kadang kadang tu rasa nak melalak je.. i mean, crying, not sing a song ok. kenapa rasa macam tu? semua sebab masa silam , ya dahulunya aku jahil, bodoh jugak. salah satunya, aku tak belajar sungguh sungguh masa di sekolah menengah. bila sekarang tengok kawan kawan lain berjaya, ada yang dah degree, further study over the sea (oversea actly)... gua jeles bhai! aku yakin kalau lah dulu aku belajar betul2, mesti aku berjaya macam diorang jugak. sekarang ni apa je yang aku ada? stdy dekat politeknik, diploma. (mengeluh lagi) tapi tu pon kira bersyukur jugak la dapat sambung study. kalau tak agaknya aku dah jadi akak polis kot. hahaha. mmg ade cita cita nak jadi polis before this. bila aku cakap aku nak jadi polis ngan abang aku, dia terus bangkang habis habisan! aku tak tahu ape la masalah mamat nih nak bangkang sangat. dia cakap polis lepasan spm nak buat apa? tak de pelajaran and bla bla bla dia bebel. then, dia yang tolong aku apply upu n poli. kalo tak, sekarang ni aku kat bukit aman da kot! jalan kan tugas! heehee 

hurmm mengeluh lagi, kenapa hidup ni tak selalu indah? wah~ da macam lirik lagu cik nonnnn. ya, betulkan apa aku cakap? hidup tak selalunya indah. kalau nak hidup yang indah, buat baik atas dunia, nanti mati masuk syurga kan? so, time tu lah nak nikmati hidup indah senantiasa. ya, aku tahu, bukan mudah nak masuk syurga. ya, even nak buat baik pon kadang2 pon susah. maklum lah, syaitan tak luput dek tarikh luput. sentiasa menghasut manusia untuk kelembah kemurkaan Allah swt. jadi manusia kena la selalu beringat. jangan tinggal solat lima waktu. eceh! ya, i'm not perfect too~ try la untuk complete kan lima waktu tu. ok? 

kenapa hidup ni kadang kadang bosan sangat? macam sekarang ni, ya i feel lonely, some feeling like frustrated.. huh. eventhough nak makan, pon aku bole rasa bosan???? sebab buat benda yang same je kott. so sekarang ni bila nak makan tu feeling lebih kepada untuk terus kan hidup , aku perlu makan!! ehee. pernah tak kadang kadang tu korang terpikir nak keluar tgk wayang, karaoke.. walaupon seorang diri??? ya, tu la apa yang aku pikirkan sekarang. tapi kan babe, acidman kan tgh berleluasa . . takut pulok dah nak hangout sorang2. haih sengal betoi. semua aku plan ta kene, esh saba je la~ 

hurm, macam mane eh? any1 can solve this matter?

Tuesday, May 3, 2011

entry tiada tajuk

hai selamat petang semua makhluk Allah~

baru je lepas vacuum bilik aku. tu lah padahnya kebosanan tahap cipanzi. jarang2 le aku nak vacuum bilik, harapkan kerajinan mak je la. mak aku mmg rajin pon, tu yg anak dia nih pemalas bole tahan. kene ketuk baru jalan. maksud nye, kene suruh baru buat. biasa la tu.. hehe tp aku akan jd rajin bila ta da benda aku nak buat dah. alhamdulillah sume aku buat lam rumah ni. hurm hurm. selain dari tu, keje sampingan yang aku buat tat kala kebosanan terlampau, aku berangan. ya aku agak kuat berangan, macam2 , bole wat movie k aku nye berangan nih. hehe. bila aku da bosan berangan aku tido. bangun tido, aku crik makanan dulu. biasalah perut kena isi dulu, baru la segar burger.. eh, segar bugar lah! cet! hehe ok la, aku nak chow. k daa~