Followers

Wednesday, April 27, 2011

welcome UNITEN [1st may 2011]

semenjak dua menjak ni, punggung aku gelisah. bukan sebab ada bisul ye. haip. pandai pandai u oll je nak cakap buntot i berbisul. lempang kesumat kang! actly ada la beberapa perkara yang buat hati aku tak duduk diam, bukan punggung je takdok diam, hati pon sama. selalunya dia dok diam2 takde nak ke kiri ke kanan dan pusing2. kali ni dia siap tunggang terbalik, sampai macam tu sekali dia punya tak duduk diam. bukan apa, memikirkan seseorang tu nak masuk UNITEN. adalah, aku taknak cakap, nanti u oll cakap i gedik nak mampoih. aku sebenornya tumpang kehappyan dia dapat offer sambung degree tu. dia happy terkinje2 *agaknye lerr aku melompat lompat sampai cecah siling rumah. terhantuk! sakit lah jugak. *nampak beno nipunyerr . kikikiki bagi aku gelak jap. oke lets continue.. mula mula aku tak riso pape pon. siyes tak rasa pun risau2 nih. nak risau sal apa pulak kan? tapi ada la something yg jadi then buat aku risau. hurm setelah sekian berhari hari aku pikirkan dan tenangkan hati yang asek ke hulu hilir nih. aku berjaya jugak menepis segala sangkaan kerisauan aku tu. now pls saadah, think positive! kasi lempang laju laju negative thinking kau tu! panggggggggg! oh ya, aku dah lempang laju laju pon.! 

ngapain hati ku tak dok diam tu tak payah le aku nak cerita. walaupon i know u oll nak taw sangat kan? takpe lah, aku secret2 je la ek. kang aku cerita, u oll ckp i gedik  lagi lagii lagiii dan lagiiiii. so fullstop disini eh. kepada orang tu, belajor ghajen ghajen, kalao maleh maleh mak lompang ekau laju laju! *tak habeh2 g dgn lempang laju laju. hihi  daa~ joget2 jap. duncha duncha cha chaa! okbhai.


until u get this!


Tuesday, April 26, 2011

i'm the winner of Dance Competiton!

hallooOOOOOOOoo!


oh indahnya hari ini. mai kita gelak hahaahahahaahah macam ni : D . oh mula mula entry pon si saadah ni dah sewel, so ketepikan kesewelan si saadah nih. huhuhuhuhu. 


entry kali ini aku rasa nak golek2 sambil lenyek2 ikan masin supaya menjadi masam, * eh tiada kaitan kan?
ok2 macam  ni, che nak habaq mai laa... berkait dengan title entry i dekat ats tu.. ala kat atas tewww? (cakap cara getik) haaa i menang Dance Competition oke! jangan pandang ku sebelah mata, hanya kerna namaku wanitaa nyanyi lagu seksis jap. ok2 back to the story aku tadi, so here i want to publish my pic with my trophy.......scroll down here....
-
-
-
-
-
-

-
--

--

--
--
---
---
---
----
-----
-----------------
-------------
----------
------
---
-


ok korang!!! comel kan? comel kan aku? sangat cute rytee
ya, aku taw aku sangat2 comel sejak azali lagi.. huhu
ok aku nak being honest, actly yang the winner was my niece, 
and for sure she is the cutest kid in our family kot. dia seorang yang sangat sangat manja, 
cool, n friendly lah jugak. Juga seorang yang sangat sangat ambil berat eventhough dia baru
berusia 6 tahun pada october tahun ni. Dia juga mempunyai talent selain dari menari, 
masa umur dia 3 tahun lebih tak silap, dia dah pandai pegang pensil, bukan
setakat memegang pensil je, dia pandai melukis ok! mula mula tu
dia pandai lukis orang, tapi semua nya bulat2, aku tgk pon wah! sangat comel la lukisan budak umur 3 tahun lebih ni..then, after dia lukis, dia akan tunjuk dekat our family,
"ni tina lukis  gambar makcu...heheheh", kembang kempis aku ada orang lukis gambar aku! hahah,tapi nasib lah kalo dia lukis hidung bulat bulatkan...hahak dah macam makhluk sekampung piggy pulak. tapi kalau orang besar yg lukis muke aku macam tu, mahu aku hambat dgn penyapu! huhuhoke byk jugak la aku membebel sal budak tecik nih. so nak introduce her name la pulak kan.she is Nurin Qistina bt Ahmad Fuad! *clap clap your hand! pap pap pap

so itu sahaja dari saya yeap! * eh bila masa aku pandai bersaya2 ni? tetttt
okbhaii

Monday, April 25, 2011

yang dikejar berciciran

assalamualaikum~~~~

wah panjang btoi salam aku yeap. hee so da lama aku tak post entry baru. al maklum la aku bz sket buat masa ni, lagipun takde mood sgt nak berblogging or maybe ta tahu nak expressi kan ape dekat blog tersayang ku ini.

oh ya berkait dengan tajuk diatas, watahel ??? sebenarnya disini aku nak merakamkan sikit sepatah dua kata dgn ayat sebegini, "masa dah dapat kau tak hargai, bila dah hilang baru kau menggelupur nak menghargai". oh tak sophisticated langsung ayat aku kan? aku tahu tu. pelikkan manusia bila benda ada depan mata tak nak dihargai, malah dibuang buang pulak. tapi bila benda da hilang, dan benda tu ada life sendiri, baru kau nak menggelupur hayam. haih. so conclusionnya aku tahu korang tak paham kan apa yang aku dok bebel2 neh? heheh tak pe lah maybe certain orang yang akan paham. okbhai~

Thursday, April 21, 2011

moody morning

assalamualaikummmm!!!!!!!!!


kenapa ha pagi pagi dah buat aku panas hati? esh. saba je la. pagi tadi nak gerak g keje abang aku bikin hati menggelegak! ada ke dia tanya, "camtu ke pakai tudung?", ternyata dia tak tahu fesyen! huh huh! bengang gila! tapi aku just pandang dia sambil angkat kening cam siti nurhaliza, *eh siti ada fevret angkat2 kening ke? ntoh le. aku malas nak jawab apa yang dia tanya, kunk aku jawab tak g keje lak aku. apa be*aL sangat lah dia ni, belajar tinggi tinggi, tapi tak tahu sal fesyen semasa! hish! sentap sentap. .. pastu tadi aku kua lambat sket, sebab baju n shawl tak iron mlm td, dah kena tinggal bas... aku naik taxi g lrt cahaya tu haa. terbang 4 hengget aku! sennttaaappp lagii . pastu beli nasi lemak plus kueh keria singgit n kueh talam yang kaler hijau *aku tataw nama kueh tu tu singgit.. terrrrbang lagi duet, tapi takpe untuk perut aku yg montok lagi gojes nih tadek hal lah duit terbang sikit2. heee! 


so, berbalik pada abang aku yang perli aku pagi nih, dia tu memang lah rasa nak sekolah kan je dia. biar dia taw sket fesyen2 nih. pelik sgt ke aku pakai? aku pakai salah, tak pakai pon salah. ada je dia tak puas hati. menyampah btolll. panas panas... aku pkai shawl lilit lilit yang cam maria elena zarul tu je. . stylo ryte? mane ade dedah sana dedah sinun. baik je aku g keje taw. g keje je la muslimah alim ... kalau kua tempat lain biasa biasa je. *jgn nak wat sesi mengutuk aku eh.. nanti korang mule lah pikir, oww g keje muslimah bagai, kua tempat lain muslimah pon ilang! ..huu satu hari nanti maybe aku akan fully cover aurat aku k.. dun wory. doa2kan lah.


oke lah, nak stop sini dulu. nasi lemak ayam goreng berempah dah tertunggu tunggu aku tuuuuu... hee jom makannn!!!

Wednesday, April 20, 2011

report bertimbun

Assalamualaikum~ dan selamat pagi semua!!!! *sambil posing gedik2

Oh pagi yang hening telah membuatkan perot aku tak tenteram bebeno~
Sadis weh pagi ni. Naik naik tren je kul 7.26 am tadi, perut dah krok krek krok krek. Rasa nak membuang gas yang tak sepatutnya disimpan jea! Aku pikir gak kalau aku buang gas2 neh mahu semua orang tenung aku ngan tenungan maut! so, aku cancelkan niat aku tu je. tahan punya tahan terkentot la aku!!! hahah nooo~~ takde lah, tahan punya tahan perot aku pon da ok. sampai2 opis je da ade orang perli aku, "wah byk nye makanan, tu untuk lunch sekali ke?", kuang ajaqqq btoii mamat nih.. "hehe, a'ah tuk sampai pagi esok!", aku balas balik. aku beli nasi lemak ayam goreng ngan karipap 2 hengget je! takde a byk pon. kecoh je mamat tuh! sabar saadah oi sabaaarr.

setelah aku balon nasi lemak ayam goreng ke dalam perot ku yang comel lagi montok nih, ape lagi~~~ blogwalking la kan? padahal report berlambak lambak nak kena siapkan tapi aku boleh buat rilekkk je. rilek mendonyo..yang berhari2 aku tak post entry tu lah aku buat report. aku ni klo buat 1 kerja, aku akan pokus kat 1 kerja tu je. otak aku nih tak leh buat kerja campur adok, nanti carca marba! so, bila aku buat report, aku takleh dok pikir nak post entry apa hari ni? kang dok type sal report, keluar pulak entry yang aku nak post tu, tak ke carik pasal namanya??? hurm, semalam pon sadis gak, ada kawan baik aku sorang nih practical macam aku.. dia mengadu report yang dia dah buat hilang dalam pendrive! huish tersentap aku dengar! tapi aku buat rilek2 je reply komen dia. taknak la nanti aku kibot pastu buat dia tambah2 kibot g kan? kesian oh, kalau la aku dah buat report berduyun duyun tahap ikan duyung, pastu hilang macam tu, alamatnya mahu aku seriau weh... risau gak, so kena lah jaga pc nih baik2 jgn bagi ada virus2 kan. sebab aku save kat pc opis nih haa. 

sekarang ni report aku ade la dah siap about 30% kot.. or tak sampai 30% lagi . banyak g nak kena buat. nak carik bahan tu masalahnya. idea aku dah berduyun  duyun dah. cuma bahan je. ada gak benda yang aku jenuh google google tak dapat! tu yang buat aku down jap. pastu aku stop buat, dok pikir mana nak dapat bahan bahan tu semua. nak kata susah report yang aku buat nih tak dak lah susah sangat. cuma kena semangat berkobar kobar ibarat bendera sekolah berkibar. *ehh ada kena ngene ke? hee layankan je lah. sekarang ni aku ada tak sampai sebulan untuk siapkan semua report2 tu. nanti nak kena menghadap lecturer yang sudah berbulan bulan tak ketemuk. dia nak belek2 je report tu, tak tahu lah depa baca ke tak. dudududu heheheheh aip mulot jahat! 

dah la sampai sini je entry aku kali ni. nak start buat report dan memikirkan macam mana nak buat bahan sendiri. gamaknya aku lah yang jadik model tuk bahan aku tuh.. ecececeh promote diri dalam report sendiri, apo salahnyo! k, take care readers! memmmmuuuaaahhh!

Friday, April 15, 2011

1st GA by Koqins



hye pretty n handsome!!! morning morning!
Sempena anniversary ke 2 blog Koqins ni ,

 ceq nak habaq mai dia ada buat GA,



Hadiah nya tersangat lah menarik iaitu ,


syok ka tak syok nooo, syok la kan??

Syarat - syarat nak join GA ni ,

Untuk ahli Koqinians shj (kalo nak join, be one of them first k)
Done :)

Wat entri khas untuk GA ni dan letak banner hampeh cantik tu skali
Done juga :) 

Pick one picture dari mane2 entri yang ada kt blog aku ni, dan bgtau nape korang pilih gambar tu (optional)

         

        of coz i pick this pic oke, so sweet gitu. 
        i suka kaler pinky2 tuh yg terpikat plus tertarek gituww,
        hopefully both of u happy with ur relationship !
        moge jodoh berkekalan!


        Give ur opinion and suggestion about this blog 


        bagi i, u punya very tidy2 gitu.. i mean kemas beno..
        and then dengan background kaler putih yg nampak suci mulus ni, i suke sesangat sangat!
        1 more for sure la bcoz of your entry yg berinformasi, juge best kedabababom!
        oke tu saje. hee : )

        Tag membe2 blogger korang (at least 3 org)


        Bubuh link entri korang kt comment box untuk entri ni
        Done :)